Powered by Blogger.

Pages

RSS

- ahlan wasahlan -

H.A.D.(HIDUP AMAN DAMAI)

Assalamualaikum,

alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah kerana kita diberi peluang untuk melihat ciptaan indah tuhan yang maha esa.Di sini ingin kami beritahu moto bagi Ahmadi Crew iaitu Hidup Aman Damai(H.A.D).Terjadinya moto ini adalah dengan tujuan menyatukan atau merapatkan lagi ukhwah sesama muslim.Walaupun moto ini kelihatan singkat,banyak maksud yang dapat dihuraikan daripada moto ini.Daripada moto ini kita dapat tahu bahawa moto ini menerangkan tentang hidup dengan aman yang bermaksud hidup kita tanpa peperangan.Jika kita dapat lihat,banyak peperangan yang berlaku di luar negara contohnya Palestin yang masih berperang dengan Israel laknatullah sejak tahun 1948 hingga sekarang.Agaknya sampai bilalah peperangan ini akan berterusan.Kita sebagai orang Islam haruslah membantu saudara kita yang sedang bersusah-payah menentang laknatullah demi menegakkan agama yang dibawa oleh nabi kita,rasul terakhir yakni Nabi Muhammad s.a.w.Syukur setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana negara kita bebas dari peperangan dan ancaman oleh tentera-tentera yang tidak berperikemanusiaan atau sesuai dikenali dengan panggilan laknatullah.Dengan ini diharap lajnah-lajnah dan sesiapa yang membuka blog ini memberi sokongan padu kepada saudara-saudara kita diluar sana yang sedang mempertahankan agama kita yang mulia ini.Jadi gunakanlah moto ini sebagai tekad atau azam bagi diri kita.setakat itu sahaja tazkirah atau peringtan dari ana,penaung bagi Ahmadi Crew.Ingatlah,jihad yang paling kecil ialah benci kepada Israel laknatullah.


wassalam,HIDUP PALESTIN!!!!!!!!!!!!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RINTIHAN ANAK-ANAK PALESTIN(DOA')

YA ALLAH YA TUHAN KAMI,
AMPUNILAH DOSA-DOSAKAMI,
AMPUNILAH DOSA KEDUA-DUA IBUBAPA KAMI,
AMPUNILAH DOSA GURU-GURU DAN RAKAN-RAKAN KAMI,
TEMPATKANLAH KAMI DIAKHIRAT KELAK,
DI BARISAN ORANG-ORANG YANG BERTAKWA.

YA ALLAH DISINI KAMI MEMOHON YA ALLAH,
SELAMATKANLAH KIBLAT PERTAMA KAMI,
SELAMATKANLAH KIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM,
SELAMATKANLAH MASJIDIL AQSA,
SELAMATKANLAH ANAK-ANAK PALESTIN,
KASIHANILAH MEREKA,
SAYANGILAH MEREKA,
KUATKANLAH IMAN MEREKA,
TABAHKANLAH HATI MEREKA,
AGAR MEREKA DAPAT MELAWAN MUSUH-MUSUH ISLAM,YA ALLAH.

YA ALLAH,KUMPULKANLAH SEMUA UMAT ISLAM,
BERILAH KESEDARAN KEPADA UMAT ISLAM,
BERIKANLAH HIDAYAH KEPADA UMAT ISLAM,
AGAR MEREKA TERJAGA DARI LENA.

YA ALLAH,TAMATKANLAH PEPERANGAN INI,
AGAR HILANG SEGALA RINTIHAN ANAK-ANAK PALESTIN,YA ALLAH.
AGAR HILANG SEGALA SENGSARA MEREKA ,YA ALLAH.

AMIN.........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KISAH AMIR DAN SYAHIR



Pada suatu hari,dua orang sahabat baik pergi ke taman untuk saje-saje makan angin.Diorang pun memulakan perbualan.......


am:Amir cek:Syahir


am:Cek,kau tengok ni.Tak sangka ada juga ibubapa yang tak sayang anaknya sendiri,kan?(sambil menunjukkan halaman surat khabar)

cek:Ala...zaman ni memang standard lah ibubapa buang anak sendiri.

am:Standard kau cakap!

cek:Wei mir,zaman sekarang ni macam-macam bleh jadi.

am:Yelah,tapi takkan kes buang anak pun kau cakap standard.

cek:Kan aku cakap tadi,zaman sekarang ni macam-macam bleh jadi.Bape kali aku nak ulang ?Kalau kau nak tahu,dalam satu hari tuu mesti ada anak luar nikah.lebih seratus lah katakan.Yang peliknya ia bukan dikira satu dunia,tapi satu Malaysia jer dah beratus-ratus.Bak kata orang One Malaysia......

am:Macam mana bleh jadi cam ni agaknya?

cek:Semuanya berpunca daripada diri sendiri jugak.Tu yang orang kata,time remaja cam nilah kita belajar btul-btul,biar jadi orang yang pandai.Pastu jadi orang yang brjaya,berwawasan dan berguna.

am:Jadi kita sebagai pelajar perlu blajar rajin-rajinlah ye?

cek: Habis tu mak kau hantar kau sekolah wat pe....

am:Ok.Aku dah faham.Jadi sekarang tugas kite ialah berdakwah.

cek:Ye.Btullah tu.Ambiklah,ambik......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TAZKIRAH


Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah kerana pada ketika ini kita masih lagi dapat menghirup udaranya yang segar lagi nyaman.Bersyukur juga kerana kita dapat lagi bertemu dengan ibubapa kita,rakan-rakan dan juga orang-orang yang kita sayangi.Hidup kita ni bagaikan robot.Bila Allah takdirkan kita berjalan,kita berjalan.Bila ditakdirkan kita berlari,kita berlari.
Kita perlu ingat,Allah befirman,Dia mencipta kita ni bukannya dengan sia-sia.Jadi,kita perlulah sentiasa mengingati Allah tidak kira di mana sekalipun kita berada.allah befirman didalam Al-Quran:Ingatlah Aku,nescaya Aku akan mengingatimu..............
jadi sentiasalah mengingati Allah kerana Dialah Al-kholik,Yang Maha Pencipta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam perkenalan


Assalamualaikum,

Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dapat lagi kita menghirup udaraNya yang segar
.Dapat lagi kita mempelajari ilmuNya yang terdapat di muka bumi ini.

Sebagai permulaan blog ini, kami selaku ahli Ahmadi Crew ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada teman-teman yang banyak memberi semangat dan juga sokongan.
Tidak juga kami lupakan guru-guru kami yang tolong menjayakan blog Ahmadi Crew.
Ucapan kami yang terakhir kepada semua:TERIMA KASIH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS